Category Archives: Uncategorized

Majlis Solat Hajat, Pecah Tanah dan Pelancaran..

Sewaktu berkunjung ke kediaman Cikgu Jaaman pada Isnin 1 Oktober lalu untuk pemeriksaan tapak di dalam peringkat akhir menyediakan pelan pembangunan, kami telah mencadangkan agar kerja-kerja pembangunan ini dapat dimulakan pada hari pertama tahun baru hijrah – 1 Muharram 1434 Hijrah bersamaan dengan hari Khamis 15 November 2012.

Di harapkan pada hari tersebut, seramai mungkin khasnya Alumni Sekolah Menengah Teknik Terengganu akan dapat hadir selain daripada memberikan sumbangan untuk cadangan pembangunan ini.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menyalurkannya terus ke akaun Pusat Tarbiyah Al-Amin – Bank Simpanan Nasional Cawangan Seremban. Nombor Akaun : 05100-41-00020895-4 .

Gotong Royong Bersihkan Tapak PTA

Pada bulan Mei yang lepas AJK Pusat Tarbiyah Al Amin telah mengadakan satu gotong royong untuk membersihkan tapak bangunan PTA dan juga kawasan PTA. 5 batang pokok kelapa dan 2 batang pokok durian terpaksa ditebang. Seluruh AJK PTA dan kaum keluarga Cikgu Jaaman juga telah turun membantu menjalankan gotong royong tersebut. Semua batang-batang dan daun pokok telah dibakar. Terdapat juga penduduk tempatan yang mengambil batang durian yang telah dipotong-potong untuk dijadikan tempat duduk.

Bangunan lama yang kecil yang mana dahulu digunakan sebagai pejabat MTD terpaksa juga di robohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin. Sekarang bahagian depan lot 415 yang bakal didirikan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin telah pun lapang. Beberapa lori tanah telah di masukkan untuk meratakan bahagian yang bekas bangunan kecil pejabat lama MTD.